OOO

Isnin, April 10, 2017

Cara Buat Homemade Pizza Sedap

Assalamualaikum semua

Sekali sekali layan gak aaa makanan omputih.😊
BAHAN-BAHAN  UNTUK DOH 
  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast) 
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering
CARA-CARA👍
1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.
4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. (uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.
6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.
7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekandan biar hingga siap.
👍
Akak guna lebihan kuah spagheti jer

 p/s kalau malas beli ajer yang dah siap




TOPPING😋
  • sedikit minyak zaiton-minyak masak pun boleh
  • Pepperoni slice
  • 5 batang hotdog ayam ramly-dihiris serong (sukerhatilah ek nak letak banyak mana)
  • cendawan butang-dihiris nipis
  • hirisan bawang besar
  • mozarella cheese secukupnya
CARA-CARA💗
1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton.
3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.
4. Ratakan sos,pepperoni slice, cendawan butang, hirisan bawang besar dan akhir sekali taburkan  mozarella cheese.
6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.  



Bila masak, keluarkan dari oven dan dipotong dengan pemotong pizza dan dihidangkan panas panas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...