OOO

Selasa, April 04, 2017

Cara Masak Rendang Ayam Sedap

Assalammualaikum semua

Akak buat rendang ayam sebab suami puasa minggu lepas.



Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16 (akak guna ayam kampung..kalau ayam pencen aka ayam tua pun sodap ni..kalau daging-potong kiub yer..jangan besar..jgn kecik sgt.)
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan kerisik-jika suka
  • sedikit minyak
  • garam

Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik dan garam.
9.  Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...wah !! sedapnya menyelerakan...jgn batal pose sudah kn...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. teringat pulak masakan tok di kampung ..time rasa dia selalu masak rendang ayam ..menu wajib

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers