OOO

Khamis, April 13, 2017

Dapat Cucu Lagi

Assalamualaikum semua😇

Alhamdulliah Yana telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 3hb April yang lalu.

Mula keluar tanda hari Ahad, sakit sikit sikit, dia malas nak gi hospital dulu.

Besoknya dalam pukul 11 lebih, baru pergi ke Hospital Serdang, sebab Yana teringin nak anak yang dilahirkan di Selangor pula.😍

Anak yang pertama di lahirkan di Batu Pahat, nanti kalau ada perlawanan bola antara Johor dan Selangor biarlah mereka adik beradik bertekak.😜

Kali ni senang sangat, mungkin berkat doa kedua ibubapa dan ibu mertua tak sampai 3 jam di hospital, dah keluar zuriat ke dua mereka.
Syukur alhamdulliah. Dah empat dah cucu akak, eloklah kan, orang tak tanya berapa banyak duit dalam bank, mereka akan tanya berapa orang cucu yang dah ada.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...betul tu kak...org x tanya lain hanya tanya anak berapa,cucu berapa skg kn...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. Tahniah kak Ina atas kelahiran cucu baru. Meriahlah hari raya nanti dengan 4 orang cucu yang comel2.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers