OOO

Selasa, April 18, 2017

Gulai Ayam Kampung Ala Padang/Minang

Assalamualaikum

Kali ni masak guna ayam kampung sebab Yana kan dalam pantang, bila makan ayam bandar dia kata terasa gatal.  Walaupun ayam kampung mahal tapi bila masak rasanya lagi sedap.๐Ÿ‘Œ

Tiba tiba teringin nak makan gulai khas padang ni, sebab teringat masa gi jejalan kat Padang pernah rasa masakan kat sana, kalau nak baca bolehlah gi kat SINI๐Ÿ‘ˆ

Masakan kat sana memang jarang yang pedas tapi banyak menggunakan bahan bahan yang menaikkan aroma seperti daun limau purut dan daun kunyit, sama ajer macam masakan kita kat sini. Sebab kebanyakkan rakyat sini atok dan nenek berasal dari sana gak macam kat Negeri Sembilan.๐Ÿ˜Š

Nama asal resepi ialah Resep Gulai Ayam Khas Padang sebab ambil dari web kat sana, akak tukar ajer nama Gulai Ayam Kampung Ala Padang/Minang.

Bahan-bahan๐Ÿ‘ˆ
  • 1 ekor ayam kampung potong 12
  • 2 batang serai, memarkan
  • 1 inci lengkuas
  • 3 helai daun limau purut, carik carikkan
  • 1 helai daun kunyit, buat simpul
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji cengkih
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair 
  • Garam dan sedikit gula kabung secukupnya sesuai selera


Kisar Halus๐Ÿ‘ˆ
  • 8 cili hidup
  • 8 butir bawang merah
  • 3 biji bawang  bawang putih
  • 1 ruas jari (2 cm) kunyit, kupas kulitnya
  • 1 ruas jari (2 cm) halia, kupas kulitnya
  • 2 biji buah keras -sangai
  • 1 sudu teh ketumbar -sangai 
  • 1/2 sudu teh jintan manis-sangai

Cara Membuat Gulai Ayam Bumbu Padang
  1.  Tumis bahan kisar bersama kayu manis dan  cengkih sehingga harum baunya.
  2.  Masukkan serai, daun limau purut, daun kunyit  dan lengkuas bersama ayam.
  3.  Masak sehingga ayam berubah warna..
  4.  Tuangkan santan cair, garam dan sedikit gula  kabung/merah secukupnya, kacau terus hingga  sebati. 
  5.  Masak di atas api kecil sehingga daging ayam  empuk. Masukkan santan pekat dan kacau lagi..
  6.  Bila dah mendidih, rasa dulu gulai ayam padang  barulah di tutup api

1 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...kalau hubby mmg suka redang ayam kampung ni...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers