OOO

Jumaat, Mei 12, 2017

Boleh ker Bayi Tidur Posisi Telungkup/Meniarap

Assalamualaikum semua

Sejak anak anak akak masa baru lahir, ada masanya bila anak payah nak tidur terlentang, akak akan tidurkan dalam posisi telungkup/meniarap.


Tapi bukan semua, cuma 3 orang anak yang suka meragam masa dalam hari/pantang.


Bila tidur posisi sebegini, memang tak boleh tinggalkan bayi jauh tau, sebab bayi ni tak pandai lagi mengangkat kepala, biasa dalam pantang mak memang suruh berehat ajer dengan bayi tidur kat sebelah kecuali nak makan dan ke tandas ajer baru berjauhan kejap.  


Tapi biasanya mak akan ambil alih jaga bayi, masa sekarang ni, Yana memang akak tak bagi sangat tinggalkan bayi sorang, kalau nak mandi atau makan jarang bayi sorang.




Kebaikan Bayi Tidur Meniarap
  • Nanti kepala bayi bulat taklah kemek kat belakang kepala.
  • Lebih cepat kuat kat leher, bahu dan dada bayi, makin cepatlah nanti bayi merangkak.
  • Dikatakan bagus tau untuk perkembangan otak bayi.
  • Bayi akan tidur lebih lama dan lena.
  • Taklah bayi senang dapat kembung perut.
Dah tentulah ada pulak keburukan pula.
  • Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan  saluran nafas sempit.
  • Meningkatkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)
  • Apabila bayi tersembam, mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
  • Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
  • Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
  • Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
  • Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
  • Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers