OOO

Ad

Isnin, Mei 08, 2017

Cara Buat Siakap Kukus Seri Wangi

Assalamualaikum semua

Makanan dalam pantang serta sesuai untuk orang yang nak diet.  Selalu buat masa anak dalam pantang sebab yang makan cuma akak dan anak perempuan.  Suami kurang suka masak macam ni.

Dah beberapa kali dah dah tepek kat blog.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan siakap, saiz sederhana
1/2 camca teh garam
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah kisar


BAHAN-BAHAN DISATUKAN :-)
3 camca besar jus limau kasturi
1 camca besar minyak jagung
1 1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
10 biji cili padi, hiris halus
2 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus-tukar daun ketumbar
1 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 inci halia, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan-tak letak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan siakap, cuci dan gaul dengan sedikit tepung gandum dan jus limau nipis. Perap 15 minit, kemudian cuci bersih dan lap kering dengan tissue dapur. Sementara itu masukkan semua bahan2 yang disatukan ke dalam mangkuk dan kacau rata hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan kukus, sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit, kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah dan tepung jagung, rata-rata termasuk bahagian dalam perut ikan. Letak dalam bekas tahan panas tadi.
  3. Tuang bahan2 yang disatukan atas ikan, ratakan termasuk dibahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10 minit, atau hingga isi ikan bertukar putih. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers