OOO

Khamis, Mei 18, 2017

Ketam Masak Lemak

Assalammualaikum semua

Wah, hari ni kemain viral kisah David Teo kena penampar dengan seorang artis yang lama pelakon/pelakon Mat Over atau nama sebenarnya  Sulaiman Yassin. 

Dilahirkan pada tahun 1952 berasal dari Terengganu beliau lebih di kenali sejak berlakon dalam rancangan komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Beliau marah kerana David tidak sopan di depan Perdana Menteri Malaysia  semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 t
Jomlah masak lauk ketam pulak yer

Bahan-bahan
4 ekor ketam-potong 2 dan bersihkan
1/2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
10 -15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 
Bahan-bahan
1.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.  (Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
2.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama bersama serai dan biarkan mendidih baru di masukkan santan cair.  
3.  Kacau selalu dengan api yang kecil.
4.  Bila mendidih masukkan daun kunyit dan asam keping bersama santan pekat serta sedikit garam.
5.  Biarkan masak sehingga 10 minit dengan api perlahan dan bolehlah di padamkan api bila dah rasa cukup rasanya.  

1 ulasan:

  1. Allah...dah lama betul tak.makan menu ni. Sedapnya kak. Kena cari ketam lah saya weekend ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers