OOO

Ad

Isnin, Mei 15, 2017

MY Travel Adventure-Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum semua

Tak payah jauh jauh nak pergi bercuti, kat Malaysia banyak tempat menarik yang kita boleh menghabiskan masa berharga bersama keluarga tersayang.


Kat Malaysia banyak tempat tempat yang boleh kita bercuti sama ada jauh atau pun dekat.


Salah satu tempat yang akak suka pergi ialah ke Kota Kinabalu Sabah. Nak tau kenapa?

Tergiur tak tenguk lobster niπŸ˜‹

Selain dari makanan yang fresh dan sedap harga yang di tawarkan memang murah sesangat. 


Kat sekitar bandar Kota Kinabalu banyak tempat makan yang menawarkan pelbagai makanan laut/seafoods yang harganya memang murah dari sini.

Salah satu pilihan kami, dah tentulah udang masak butter/butter prawns.

Memang terbaik aaa sehingga menjilat jari😍
Keluarga kami memang sukakan suasana laut, dah tentulah tak melepas peluang nak menikmatinya semasa kat sini, rugi ooo tak pergi.😚

Kami kena pergi ke Jesselton Point Waterfront untuk menaiki bot ke pulau-pulau yang ada di sini.
Ada beberapa pulau yang menarik,kami buat pilihan nak ke Pulau Manukan
Betullah seperti yang di war warkan, subhanallah cantik sungguh alam ciptaan Allah SWT.😍
Kami berdua menghabiskan masa menikmati pemandangan indah di sini sambil mengenang kembali peristiwa pahit dan manis sepanjang melayari bahtera perkawinan selama ini.

Anak anak pula yang memang suka dengan air , tak tunggu lagi terus terjun ke dalam air laut yang jernih.  Puas hati anak anak dapat berenang sebebasnya di sini.πŸ˜‰
Dah puas mandi laut, pergi pulak ke Taman Kinabalu (Kinabalu National Park) untuk menikmati pemandangan Gunung Kinabalu, nak mendaki tak cukup stamina lagi. 

Jarak dari Kota Kinabalu ke Kundasang ialah kira kira 90 km, sebaik baiknya bertolak awal pagi ke sini, sebab jika sampai tengahari selalunya puncak Gunung Kinabalu akan mula di litupi awan.
Salah satu tempat menarik yang perlu di lawati ialah di Desa Cattle Dairy Farm, ladang lembu ala ala kat negara New Zealand yang terletak di Mesilau, cuma 5km dari Pekan Kundasang.
Jangan melepaskan peluang untuk memberi susu kepada anak anak lembu dan kambing, selain dapat menikmati susu segar dan air krim  sambil menikmati pemandangan dan keindahan di sini.
Kalau bawa anak anak memang seronok jika singgah kat Arnab Village yang terletak di Kampung Purakagis, Ranau.  Untuk ke sini kena bayar tapi tak mahal sangat, dah tentu anak anak merasa gembira dapat bermain main dengan arnab comel ni.
Jangan lupa juga singgah di Muzium Sabah

Jangan lupa melawat model rumah rumah tradisional pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah yang ada dekat Kampung Warisan.  Kita boleh mendapat info kaum kaum yang ada di Sabah dan mempelajari budaya mereka.
Keesokannya harinya kami ke Pasar Filipina, nak cari ole ole untuk di bawa pulang.😎
Dah tentulah brooch dan gelang mutiara menjadi salah satu pilihan untuk di bawa pulang, selain dari harganya yang murah, terdapat pelbagai bentuk dan warna di sini.
Jika lupa menikmati pemandangan indah matahari terbenam di pantai Tanjung Aru sebelum pulang ke Semenanjung.


πŸ’– Cantik sungguh kan😍

Best kan bercuti dalam negara kita yang tercinta ini, banyak yang boleh di lawati lagipun Dekat Jer

Oh yer, jika nak dapatkan tempat penginapan dan tiket kapalterbang yang berbaloi dengan diskaun yang menjimatkan poket anda,  anda boleh ke  web traveloka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers