OOO

Selasa, Julai 18, 2017

Durian Viral Di Mantin

Assalamualaikum semua

Dek kuasa viral, akak dan suami pun gigihlah pergi ke Mantin nak cari durian viral.  Masa tu belum puasa lagi, kononnya nak lepaskan gian makan durian.

Nasiblah tak jauh dari rumah, bila sampai tempat pertama, penjual kata durian dah habis.

Naik lagi sampai menghala ke Mantin, bila nampak meriahnya tempat ni, pastu nampak pulak harga RM14 1 kilo, makin berkobarlah nak gi jamah.
Bila tenguk orang beratur kemain panjang, lagilah teruja..
suami yang beratur, akak ambik gambo
punyalah ramai orang kat sini
akhirnya sampai gak giliran, kami ambik yang kecil pastu gi makan kat belakang sebab di sediakan kerusi dan meja. Pandai penjual ni, siap jual air 1 botol RM1.00. Alhamdulliah kami tak payah beli sebab ada hamba Allah sedekah kat kami sebotol air. Semuga murah rezeki beliau.

Harga tak sampai seratus sebab kecik, tak suka yang besar. Makan dua biji yang lain bawa balik.  Alhamdulliah tertunailah hasrat di hati.
Kami berdua ni bukan kenal isi durian musang king ker, durian D24, durian kunyit, janji durian pastu harganya munasabah baru beli.  Pernah kami berhenti nak  makan kat A Famosa Simpang Ampat Melaka.  Bila timbang dekat RM60.00 kami tak ambik pun.

Tak munasabah dah harga durian ni, tapi bila tenguk orang relax jer makan beratus, memanglah orang kat Malaysia berduit.  Tak kisah dengan harga, janji sedap.

4 ulasan:

  1. musim durian ni, memang telan air liur dibuatnya

    BalasPadam
  2. Anak teringin nak makan durian, pusing punya pusing kat bandar Chukai, berhenti kat depan pasar, ambik 2 biji , dah tebuk sikit kat atas buah, macam elok je, rm 18 sekilo, balik buka , hampeh, tawar sikit keras, dok rasa durian pun, x berbaloi bayar rm110 utk 2 biji,

    BalasPadam
  3. sekarang tengah musim, kat mana yang murah?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...