OOO

Khamis, Ogos 03, 2017

Kisah Geng Kat Kampung Puah Setapak (Noni Dan Kak Ana)

Assalamualaikum semua

Bila teringat balik kisah masa sekolah, teringat gak kawan kawan sekampung di Kampung Puah Setapak yang telah tiada lagi dalam google map, cuma yang ada kenangan yang mengamit perasaan.

Kampung Puah ada 2, satu Kampung Puah Hilir (rumah akak) dan Kampung Puah Seberang.

Penduduk asal ialah arwah Wak Kusen dan arwah Wak Karmin yang asal dari Jawa.  Tak taulah kat mana.  Mereka ada rumah sewa sebab tanah luas, rumah kami pula kat tepi sungai.  

Arwah abah tak mampu nak beli rumah sebab cuma kerja Peon kat British High Commession yang dulunya terletak di Jalan Tun Razak.


rumah arwah Wak Karno dan Lek (nama sebenar tak ingat)

Oleh sebab dekat dengan sungai, dah jadi perkara biasa bila musim hujan, air akan naik.

Rumah akak dekat dengan rumah arwah Wak Sukarno yang asalnya orang Jawa jugak, dulu kerja dengan Jepun sebagai tukang masak.  Kemudian beliau menjual nasi lemak kukus guna tong kayu tinggi.  Masak guna kayu api memanglah terasa sedapnya.

Isterinya pula nama Kamisah asal dari Sungai Ramal Kajang, yang kami panggil Lek.

Akak ada gak lepak kawan dengan anak perempuan dia nama Noni dan Kak Ana. 


kat belakang Kak Ana dan Noni

Kadang kadang tolong Lek kopek kerang, bila ada nasi lebih boleh pekena nasi lemak kukus yang sedap tu. Kadang kadang Lek sedekah gak kami nasi lemak kukus yang baru masak. Sedappp sangat

Sayangnya anak anak arwah tak ambil ilmu buat nasi lemak. Arwah Lek (mak Noni) rajin gak layan akak, adik lelaki dan kak long, kami ni memang suka duk rumah jiran sebab mak dan abah kerja.

Alhamdulliah akak masih lagi berhubung dengan Noni, tu pun sebab jumpa kat fb.

Al fatihah buat arwah Wak Karno dan Lek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers