OOO

Khamis, September 14, 2017

MENDERITA SAKIT TONSIL BERPANJANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi ini kita di kejutkan dengan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, mengorbankan dua puluh tiga pelajar dan dua warden.

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ
Al-Fatihah ...
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ

ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya



Dah dekat 1 minggu badan rasa demam, kejap ok kejap tak ok. Akak ni memang ada problem dengan tonsil.  Dah lama rasanya tak kena tonsilitis ni.

Bila minum air yang ada air batu macam cendul, jika nasib tak baik akak kenalah sakit tekak.

Minum masa cuaca panas di Port Dickson minggu lepas, punyalah sedap aaa menghirup, esoknya dah mula rasa gatal anak tekak.  Suami dan anak anak akak ok ajer, tekak akak ni jer yang terkena.

Mula mula beli strepsils dan telan panadol sajer, tapi tak baik baik. 

Makin lama makin teruk, mulalah batuk dan selsema dan mata ashik sakit dan berair.
Bila tonsil bengkak yang doktor panggil tonsilitis di sebabkan oleh jangkitan kuman akan buatkan akak rasa sakit kepala, nak makan nasi tak lalu, suara pun berubah.  

Nak buat kerja rumah pun kena telan panadol baru lega. Dah dua hari dapur kat rumah tak berasap.

Kalau ke klinik selalunya doktor akan bagi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan, ubat demam dan antibiotik. Kadang kadang akak pergi makan ais krim perisa vanilla, kalau coklat dan strawberi tak boleh tau.


Doktor dah lama cadangkan agar buang tonsil ni kat hospital, tapi akak rasa takut.  

Ada ker yang menghadapi masalah sama macam akak?

3 ulasan:

  1. Salam Kak Ina KL, lamanya Azzah menyepi ... Kak Ina masih aktif berblogging ya?

    BalasPadam
  2. sama la kak ina...SA pun...tp takde masalah tonsil..cepat je surut kalau bengkak cuma batuk jenis kering dan lama...seksa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers