OOO

Rabu, September 27, 2017

RESEPI AYAM BUTTERMILK SEDAP

CARA BUAT AYAM BUTTERMILK SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau beli ayam besar memang banyak dapat isi ayam, akak suka asingkan sebab senang nak buat inti karipap ataupun buat lauk macam ni.


Buntu nak buat, akak cuba buat ayam buttermilk pulak, alhamdulliah Imran sukakannya.


Bahan-bahan 
3 dada ayam chicken potong memanjang
Tepung jagung
Garam
Serbuk lada hitam
Serbuk Kari 

Campurkan semua dan perap dalam 1/2 jam.


Bahan untuk kuah

Setengah tin susu sejat
50gm Butter
1 lada merah hiris serong
3 biji cili padi - untuk yang suka pedas
Daun Kari
1 sudu yogurt-pilihan


Cara Membuatnya
1. Goreng hirisan ayam sehingga masak dan toskan.
2. Panaskan butter, masukkan daun kari dan hirisan cili merah serta cili api.
3.  Masukkan susu cair dan yogurt, kecilkan api dan masukkan ayam dan sedikit garam.
4.  Kacau sebati dan bolehlah di angkat.

6 ulasan:

  1. Tq sis . Sgt membantu..selalu isi dada ayam ni yg nk kena bagaikan..xsuka sgt isi byak. biasa wat goreng kunyit atau nsi goreng je...kena cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab isi ayam banyak, akak suka buat camni, kalau idak tak ada yang suka makan

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers