OOO

Sabtu, September 23, 2017

Sambal Udang Galah

Assalammualaikum semua

Cuti tiga hari ni, anak anak balik rumah, macam biasalah dah ramai ni, agenda makan adalah perkara utama.

Mak mak kenalah fikir apa yang perlu di masak bila anak anak balik ke rumah.

Kalau nak sambal yang sedap kita kenalah masak betul betul sampai cili masak ataupun orang panggil naik minyak baru di masukkan air asam jawa.  Pastu barulah di perasa ..lagi satu kena masak dengan ikhlas barulah masakan terasa.

Harga seafood kat Malaysia dah tak macam dulu, dah kira macam makanan mewah.  Tak macam dulu, apa nak buat kan, ni lah tanah tumpah air ku, tak kan nak lari duk negara lain pulak.


Bahan-bahan 
  • 500 gm udang galah
  • 6-8 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan* (pilihan)
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda *. 
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan udang dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit atau sehingga kuah pekat.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers