OOO

Isnin, Oktober 30, 2017

BELI REMPAH RATUS ISTIMEWA DI BATU PAHAT JOHOR

Assalammualaikum semua

Bila tak ada mood nak update, duk depan pc pun tak ada idea, padahal banyak ajer nak pot pet pot pet.

Akak ni kalau pegi mana mana suka bebeno nak pergi ke pasar.
Bila ke pasar awam di Batu Pahat, akak cari kedai jual rempah soto.

Cari kat google, banyak yang tunjuk satu atau dua kedai ajer yang ada jual rempah ni.
Ajak suami pegi ke Pasar Melayu dekat dengan pasar awam Batu Pahat.  
Kebetulan ada pasar pagi, cari kedai tak jumpa, bila tanya kat penjual kat situ kat mana nak cari rempah soto yang sedap, beliau tunjuk kedai berhampiran kat situ.
Oleh sebab nak mencuba, akak cuma beli sikit dulu termasuklah kopi 434 yang popolur tu. 

Nama kedai Haris Store.

Nak balik nampak lagi satu kedai rempah berhampiran pasar karat Batu Pahat. 
taukeh kedai, yang campur rempah anak lelaki dia
Suka tenguk masa penjual ni campur itu dan ini, pastu goncang rempah dalam plastik.
Singgah beli lagi 

Nanti akak sharelah mana rempah yang sedap kat tekak ni, setiap orang seleranya tak sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...