OOO

Rabu, Oktober 25, 2017

CARA MASAK TOMYAM AYAM MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum semua
Akak memang minat tomyam tapi suami kureng sikit.  Kalau buat akak buat tak banyak.

Bahan-bahan
2 ketul ayam-potong kecil
1 biji bawang holland/besar-hiris
2 biji bawang putih-ketuk
3 batang serai-ketuk hujung
2 hirisan lengkuas
2 sudu besar pes tomyam
3 biji putik jagung-hiris serong
1/2 batang lobak-potong batang mancis
1/3 bunga kobis-potong kecil
4 cawan air
2 helai daun limau purut-carikkan
Cili api-kalau nak pedas

Cara-caranya
1. Masukkan air, hirisan bawang besar/holland, serai dan hirisan lengkuas.
2.  Biarkan mendidih dalam 10 minit, baru masukkan pes tomyam, ayam, putik jagung, lobak merah dan bunga kobis.
3.  Apabila ayam dah masak, masukkan sedikit garam serta sos ikan dan juga daun limau purut.  Masukkan cili api yang telah di ketuk baru tutup api.

Makan panas panas memang ada umphh

2 ulasan:

  1. saya pun suka tomyam.. di gabungkan dengan telo dadar dan nasi panas.. sedap kan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers