OOO

Rabu, Oktober 04, 2017

DAGING RUSA MASAK BERIANI

Assalammualaikum semua

Dah balik sini memang payahlah nak jumpa daging rusa segar.  Bila duk Miri kami akan suruh penjual daging rusa call bila ada daging.  Walaupun agak jauh ke Bekenu, kami sanggup gak pergi ke sana semata mata nakkan daging rusa segar, bukan yang ternak tapi yang liar.

Resepi daging beriani akak ambil dari blog Mat Gebu, resepi asal dari Kak Liza. Kalau nak guna daging kambing, daging lembu ataupun ayam boleh.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging ]
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara 
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

3 ulasan:

  1. Tak pernah makan lagi daging rusa. kena beli sekali ni..salam kenal awak.moh ler lawat blog saya https://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkan lah blog saya dalam senarai bloglist awak ye..terima kasih.

    BalasPadam
  2. sedap. pernah skali aida makan daging rusa.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers