OOO

Selasa, Oktober 10, 2017

SUP AYAM KAMPUNG

Assalammualaikum semua

Sedap guna ayam kampung kan, tapi harganya mahal. Tapi sekali sekali apa salahnya nak sedapkan anak tekak kan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam kampung, potong kecil
3 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"

1 batang lobak merah-potong besar
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)
1 biji bawang besar
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis

B (BAHAN TUMIS)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1.  Ayam dicuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam , gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya, masukkan kentang, lobak merah dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankan api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka...

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers