OOO

Khamis, November 23, 2017

KISAH PENJUAL BAULU DI PASAR PARIT PERAK

Assalammualaikum

Salah satu tempat yang akak suka pergi bila bermalam di sesuatu tempat ialah pasar.  Kalau suami atau anak-anak tak nak bawa, akak pergi sendiri ajer.



Sekarang kan mudah, kalau tau jalan, buka ajer waze ataupun google map.

Dahlah mulut tak boleh diam, ajer jer nak pot pet bila dapat jumpa peniaga ramah tamah seperti beliau ni.  Lupa pulak nak tanya nama.

Beliau ni pernah berniaga di area Pasar Seni, di kejar oleh penguatkuasa dah tak jadi hal, masa tu jual makanan yang di goreng.  Bila di ambush, paling di risaukan ialah minyak panas tertumpah.

Kemudian beliau pindah berniaga di area Kajang, kat situ juga ada gak di kacau oleh penguatkuasa.  Tapi beliau cekal orangnya, berusaha untuk mencari rezeki sebab beliau memang  tak suka bekerja di bawah arahan orang lain.

Beliau ada pengalaman meminjam dengan along demi meneruskan perniagaan beliau tapi beliau tak pernah tak membayar, cuma agak perit kerna bunga yang berganda ganda.

Alhamdulliah sekarang ni beliau telah mendapat pinjaman dengan salah sebuah bank dan memulakan perniagaannya di kampung demi untuk menjaga mertua.  

Mungkin niat yang baik suami isteri ni, alhamdulliah perniagaan mereka bertambah maju. Semuga perniagaan bertambah maju.

Jika tak di pecah ruyung, mana nak dapat sagunya.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan & rezeki mereka.. Dan kita semua, Aamiin.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, gigih mencari rezeki halal.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga terus maju peniaga ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...