OOO

Ahad, November 05, 2017

PENGAT PISANG TANDUK SEDAP

Assalammualaikum semua

Kat rumah ni yang makan pengat ni cuma akak dan suami, kalau buat tak banyak, cukuplah untuk sekali makan.


 Bahan-bahan
  • 1 biji pisang tanduk - buang kulit dan potong serong
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 batang gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
  • 2 helai daun pandan-di carik-carik dan di simpul
  • 1/2 cawan sagu biji/mata ikan-rendam sebentar
  • secubit garam halus

Cara-cara
  1. Potong kecil gula melaka, rebus dengan sedikit air hingga hancur kemudian tapis
  2. Masukkan santan pekat bersama-sama air dan kacau sehingga ia mendidih dengan api dengan sederhana besar.
  3. Masukkan air gula melaka, daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  4. Biarkan mendidih sambil di kacau selalu.  Bila dah mendidih, masukkan pisang tanduk bersama  secubit garam.
  5. Biarkan selama 5-10 minit barulah di padam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers