OOO

Isnin, November 27, 2017

SPAGHETTI GORENG ALA MAMAK

Assalamualaikum

Bila dah cuti sekolah ni, ada anak kat rumah, kenalah merajinkan diri buat sarapan pagi.  


Bahan-bahan

  • 250 gm spaghetti
  • 100 gm daging di hiris
  • 1 mangkuk sawi
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • minyak masak
  • 4 biji bawang kecil-tumbuk
  • 4 biji bawang putih-tumbuk
  • 1 biji tomato-di potong kecil
  • 1 biji telur
  • sedikit sos tomato, sos cili dan sedikit garam

Cara-cara
1. Rebus spagheti dalam air, letak sedikit garam, sampai lembut.  Toskan dan masukkan sedikit mentega gaul sebati.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang tumbuk sehingga naik bau, masukkan cili dan rempah sehingga  garing dan wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan spaghetti.
4. Masukkan sedikit sos tomato, sos cili, garam dan kicap, kacau rata.
5. Masukkan  sawi dan hirisan tomato
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...