OOO

Selasa, Disember 05, 2017

MERASA JAMBATAN TERTINGGI DI MALAYSIA RAWANG BYPASS

Assalammualaikum semua

Kebetulan hari Sabtu 2 Disember 2017 kami dapat jemputan ke Kuala Kubu Bharu, tidur rumah anak kat Gombak malam sebelumnya.

Dah tentulah kena ke Rawang dulu baru sampai ke tempat majlis, dapatlah merasa naik jambatan tertinggi di Malaysia iaitu Rawang Bypass.

Lebuhraya Rawang Bypass yang menjadi jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah mula di buka pada 29 November 2017 yang lepas. 

Nak buat jambatan ni menelan belanja sebanyak RM630 juta, dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Rawang.

Masa  ira belajar kat sana, memang haru kalau nak pergi ke Mydin atau Giant Rawang disebabkan jalan yang sempit.


Menarik mengenai pembinaan lebuh raya ini, ia turut memiliki jejambat berbengkang-bengkok yang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS).

Kaedah MSS yang pertama digunakan dalam pembinaan lebuhraya di negara ini dapat mengurangkan kemusnahan Hutan Lipur Komenwel atau di kenali dengan nama Templer Park.

Pembinaan jalan ekspres ini yang dikatakan paling kompleks memiliki struktur jajaran dengan ketinggian 58.2 meter dari aras bumi sekaligus menjadikan ia jambatan tertinggi di Malaysia.

Jalan yang mendapat jolokan "Laluan Membelah Awam"
Gayat bila dapat tenguk ketinggian jambatan ni, seronok sebab pemandangannya sungguh cantik. Sebab menyelusuri kawasan Hutan Simpan Kanching yang masih kaya dengan flora dan fauna yang menghijau.

Dulu masa bersekolah selalu gak pergi ke Hutan Lipur Templer Park, seronok mandi manda kat air terjun kat situ.
sayup mata memandang
Laluan ini dibina merentasi Taman Warisan Selangor, yang padat dengan hutan. Ia unik kerana ditiang sehingga 60m tinggi dan dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di mana setiap pokok perlu dielak seberapa banyak yang mungkin daripada terkorban.

Gayat tau kat sini, bila berhenti kat tepi jalan, kalau lalu kenderaan terutama lori, jambatan ni akan terasa bergegar. 

Info terbaru sape yang berhenti ambil gambar akan di denda sebanyak RM500

Yang buat lebih seronok, perjalanan yang selama ni mengambil masa berjam, bertambah dekat tak sampai 30 minit dah sampai ke Serendah.


Tapi masa nak balik nak sampai ke Batangkali ambil masa gak sebab kereta banyak di sebabkan lampu isyarat.  Macam biasa jalan nak ke Kuala Lumpur melalui Jalan Kuching masih jem bermula dari Pasar Borong Selayang.

Tak lama lagi ramai aa orang beli rumah dan duk kat Serendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...