OOO

Rabu, Disember 06, 2017

PUYUH MASAK CILI PADI DENGAN CENDAWAN

Assalamualaikum

Kalau jumpa cendawan sisir memang suka sangat, yang malas nak pilih dan buang segala kekotoran.  Tapi nak makan kena buat juga.😋😋😋

Bahan-bahan
3 ekor burung puyuh-potong 2
2 cawan santan pekat
3-4 cawan santan cair
10 -15 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
cendawan sisir
2 batang serai-titik hujung 
1 keping asam keping 
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa

Bahan-bahan
1.  Pilih cendawan , rendam dengan garam, bilas 2-3 kali, toskan
2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
#Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
3.  Masukkan semua bahan tumbuk serta serai dalam periuk, cendawan sisir dan santan cair.
4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
5.  Bila mendidih masukkan burung puyuh, santan pekat,  daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
6.  Bila mendidih sekali lagi perisakan dengan garam baru di padam api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...