OOO

Jumaat, Disember 15, 2017

RESEPI KARI TANPA SANTAN SEDAP

Assalamualaikum

Nak guna daging kambing, ayam ataupun daging lembu kalau nak buat kari tanpa santan ni.
ambik dalam kuali jer, lobak dan tomato ceri tu saje masukkan

Bahan-bahan
1kg daging kambing (potong kecil, basuh dan toskan)
8 biji bawang merah*
6 biji bawang putih*
2 inci halia*
4-5 sudu besar kari daging babas

1. Tumbuk atau pun kisar semua bahan bertanda * dan perap bersama daging selama 1/2 jam. Kalau tak nak pun tak per, ayam tak payah perap ek

Bahan Tumis
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 biji bawang besar-di hiris
2 biji bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
2-3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari babas
Minyak jagung/minyak sayur/minyak sapi/mentega/minyak kelapa sawit secukupnya
Air dalam 2 cawan

Bahan-Bahan
1 cawan susu cair*
6-8 biji limau kasturi-ambil jus*(campurkan bersama)
2 biji ubi kentang-potong 4
garam secukupnya


Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang telah di hiris bersama daun kari. Biarkan sampai layu.
2. Masukkan pulak daging biri-biri yang telah di perap dan kacau sebentar.
3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari daging dan ratakan dan kacau selalu.
4. Setelah itu masukkan 2 cawan air dan ubi kentang.
5. Biarkan daging empuk dengan menggunakan api perlahan (akak masukkan dalam pressure cooker)
6. Setelah daging empuk baru masukkan susu masam dan garam. Tambah air lagi jika perlu.
7. Gaul rata dan rasa dulu sebelum di padam api.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...