OOO

Selasa, Januari 02, 2018

HUMAIRAH DAH KE TADIKA

Assalamualaikum

Hari ini di Selangor dan yang sewaktu dengannya memulakan sessi persekolahan tahuan 2018.

Akak cuma tinggal seorang lagi pada tahun ni, Imran anak bongsu akan mengambil peperiksaan SPM.  

Lepas ni, tak lah sibuk lagi nak ke sekolah, lama lagi nak tunggu 350 hari baru boleh tinggalkan rumah berhari hari.

 Tahun ni giliran anak menantu pula yang mula sibuk dengan anak yang bersekolah.  Humairah cucu pertama akak yang berumur 4 tahun pergi ke Tadika Pasti di Gombak dekat dengan rumah besan akak.
Kemain senyum, tapi tak bagi ummi dia balik lah pulak.  Biasalah tu kanak kanak yang tak biasa berjauhan dengan ibubapa dan penjaga akan merasa takut di tinggalkan.

Nanti lama kelamaan bila dah mula mengenali rakan sebaya mereka akan suka ke sekolah. Jika anak anak terlalu di berikan penekanan berlebihan mereka akan mula merasa bosan bila umur 5 dan 6 tahun sebab akan mempelajari pelajaran yang sama.

Pada masa umur sebegini banyakkan menggunakan motor halus, berkongsi, mematuhi arahan dan menghafal doa yang mudah.

Tapi ada ibubapa sekarang memang mengharapkan anak mereka terus pandai bila anak dah masuk tadika.

Masa akak mengajar di Tabika Perpaduan Taman Ibukota memang tak ada masalah nak hantar anak ke tabika.
Cuma Russhdi yang yang tadika swasta 
Intan di Gombak masa umur 6 tahun

Firdaus 5 tahun Tadika Islam, 6 tahun tabika akak, 
di susuli dengan Yana dengan akak masa umur 5 dan 6 tahun.
Ira pula 5 tahun kat akak, 6 tahun masuk Tabika Islam,
Imran 5 dan 6 tahun Pasti sebab senang nak masuk 
Sekolah Integrasi Gombak.

p/s uwan merepek cerita pula hal anak masuk tadika😊


2 ulasan:

  1. wahhh..besar dah cucu uwan...anak saya tahun ni darjah 1, 2 hari jelah pantau dia kat sekolah,hari ni just hantar je tak tunggu dah...dia pulak suruh mama dia balik..hahahha

    BalasPadam
  2. mcm anak saya,tahun ni 5tahun masukkan ke pasti bandar penawar. tp hanya 2 hari shj, pindah ke prasekolah. baju uniform n sukan dpt pakai sehari.. hehehe.. pasti area sy ni sekolah baru so peralatan masih x lengkap kat situ.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers