OOO

Isnin, Januari 15, 2018

LEMANG PERIUK KERA VS LEMANG BULUH

Assalamualiakum semua

Sekejap ajer sang suria menampakkan cahayanya, bila tengahari, awan mula mengalirkan air mata.  Pelan pelan nanti ia akan mula menyinari semula alam semesta.

Pertama kali jumpa lemang periuk kera di Pasar Tani Salak, murah pulak tu.  RM1.00 satu kelongsong, apa lagi akak ambillah sekali 10.

Sedap rasanya cuma beza dengan lemang buluh sebab ianya di kukus sementara lemang di bakar.  

Ada gak yang tak setuju, periuk kera ni di ambil dengan kuantiti banyak nak buat lemang sebab nanti akan pupus dan generasi akan datang tak kenal lagi dengan tumbuhan periuk kera ini.

Tapi sekarang ni ada penjual lemang yang menipu, masukkan pulut yang dah di masak pastu bakar sekejap dalam buluh.  Dah tak ori aa..kalau camtu baik kita beli buluh, masuk pulut dah siap pastu bakar sekejap atas oven.


Kami suka beli kat sini, tapi sekarang ni harganya dah tak semurah dahulu, dah tak dapat dah bawah RM10.  Apa nak buat, bahan mentah makin mahal, peniaga pun terpaksalah naikkan harga, kalau idak mana nak untung.

2 ulasan:

  1. tak pernah lg mkn lemak periuk kera tu..teringin gak

    BalasPadam
  2. Teringin nak makan lemang periuk kera ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers