OOO

Sabtu, Januari 13, 2018

MAKAN MEE BANDUNG DI MEDAN SELERA TANJUNG EMAS MUAR JOHOR

Assalamualaikum semua

Fuhyooo cuaca kat kebanyakan tempat sejuk sesangat, hujan renyai dah masuk hari ke 3.  Nak mandi pun malas rasanya, kena mandi gak tapi kena guna air panas lah. 

Tak berpeluh langsung, kalau wuduk belah pagi macam air ais, teringat masa kat Madinah, macam ni lah cuacanya sehingga baju yang di pakai berulang kali tapi ada bau.

Satu masalah bagi suri rumah tangga ia lah bila kain baju penuh di ampaian, nasib baiklah sekarang ni dah ada kedai dobi merata-rata.  Akak pun gunakan kemudahan dryer untuk mengeringkan baju, tuala dan selimut.

Nak beli dryer taklah sebab banyak member yang dah beli bagitau bil letrik mencanak naiknya.  Baik gi ajer kedai dobi, bayar 4 atau 5 hinggit tak sampai sejam baju dah kering terutama yang nipis, yang tebal kena tambah masa dan duit sikit.
Muar dah selalu kami pergi sebab kampung mil dan fil kat area sini.  Mula berkawin baru merasa mee bandung yang di jual di sini.
Salah satu tempat yang popolur kalau nak makan mee bandung ada di Tanjung Mas.  Dulu tahun 90 an medan selera ni tak ada lagi, cuma ada gerai gerai di tepi Sungai Muar
makan mee bandung adalah salah satu sebab kami ke sini, 
selain tu ada juga masakan yang lain seperti nasi ayam, rojak petis, nasi goreng dan pelbagai jenis makanan.  
selain dari yang sedia di  masak ada juga di jual perencah mee bandung, pelbagai jenama ada, tepuk poket dulu sebelum nak beli.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers