OOO

Rabu, Januari 24, 2018

MEE TAMBUN GORENG




Assalamualaikum semua
Musim hujan lagi dalam minggu ni, bila dah sejuk perut ashik lapar kan.

Masa gi konvo Ira bila jalan jalan kat Seri Iskandar jumpa pulak mee kering tambun.  Teringin nak rasa, bila dah balik terlupalah pulak.  Bila kemas stok baru terjumpa balik. 

Kena rebus dulu sekejap baru di goreng, akak main campak campak ajer. Sedap gak sebab mee ni tak berminyak.


Bahan 

  • 1 paket mee tambun
  •  udang dan ayam-potong kecil
  • fish cake-hiris nipis
  • fish ball-potong dua
  • taugeh
  • 1 mangkuk sawi
  • 1/2 biji tomato-hiris  
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu kicap pekat
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos tomato
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 3 biji bawang putih (ketuk)
  • 1 biji telur
Cara-cara
1. Rebus mee tambun dengan air sehingga lembut. Toskan.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili serta tomato sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, ayam dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake dan fish ball. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap, sos tiram, sos cili, sos tomato dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.

9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers