OOO

Selasa, Januari 23, 2018

PETUA KEKAL BAHAGIA DR HAMID ARSHAT

Assalammualaikum semua

Bila dah ada group whatapps ni, setiap hari ada ajer rakan rakan dari group taman, group kawan sekolah menengah pelbagai group lagi berkongsi macam macam info.

Hari group rakan Sekolah Vokasional Setapak share tentang Dr Hamid Arshad yang terkenal dengan pakar perbidanan dan sakit puan yang telah melayari bahtera perkawinan selama 47 tahun.

Kekal bahagia dan berumur 72 tahun masih lagi setia dengan seorang isteri.


Ini petua beliau kekal bersama isteri 47 tahun

ALHAMDULILLAH KITA BERDUA CAPAI UMUR 72 TAHUN, DIKURNIAKAN KESIHATAN, KEIMANAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP BAHAGIA BERSAMA SELAMA 47 TAHUN.  SEMOGA TERUS DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH.

1. Bila sudah berumur, kita semakin sensitive dan mudah tersinggung, mudah marah dan konflik mudah timbul. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri.
Sedangkan lidah mudah tergigit, ini pula suami isteri.

Yang ini akak setuju, bila dah berusia memang hati cepat sentap, mudah nak meleleh air mata, ashiklah nak merajuk macam budak kecik.😒

2. Jangan suka mengungkit hal2 yang lepas, khususnya yang negative, tak sedap didengar, mengguris perasaan serta menimbulkan kemarahan.


Kadang kadang kami share gak kisah cinta zaman sekolah, taklah yang mendatangkan kemarahan dari dua pihak.  Tapi selalunya orang perempuan ni bila angin tak baik, ada gak terlepas kisah masa masih mentah dalam alam perkawinan.πŸ˜™  

Dah tentulah orang lelaki tak suka sebab ego mereka memang tinggi, susah nak mengaku kekurangan diri sendiri. Kita kenalah beralah, takkan tak tegur berhari-hari, mati kutu dibuatnya bila tak cakap berhari-hari. 😚 

3. Bila pasangan kita naik suara, birang, tak mahu mengalah, lari keluar, elakkan perang mulut, jauhkan diri agar sejuk hati.
Begitu juga bila isteri berleter, larikan diri. Saya mengalah, surrender. No argument. Ha, ha, ha. Laugh it off.

Selalunya suami buat tak faham, atau pun mendiamkan diri.  Tak pun dia kata dah lah tu..penat dengar membebel.😠


4. Makanlah saja yang isteri masak, kalau sedap puji dia. Kalau tak sedap telan saja, buat tak tahu. Jangan bersuara. Tak guna bertengkar. Life is too short.
salah satu fav hb 
Alhamdulliah setakat ni tak pernah lagi suami komen, kalau tak sedap dia makan sikit, kalau sedap dia makan banyak.  Semua suami makan tak memilih, senang ..tak macam akak ni.  Cerewet😏

5. Kalau pasangan kita tidur berdengkur, jawa kata ngorok dan ganggu kita nak tidur, lari pergi tidur diatas sofa. Ha, ha ha. Bila dia terkejut dan tengok pasangan tiada sebelah, paniklah dia mencari2. Lawak saja.

Nasib baiklah suami akak ni boleh tidur lena kat mana mana pun, tak kisah bunyi bising atau tidak.  Macam akak  ni suami panggil telinga musang, jarum jatuh pun terjaga.πŸ˜•

6. Saya lihat orang perempuan tak jemu2 membeli belah, kalau untuk beli keperluan dapur saya faham, tapi untuk beli lain2 saya pun tak faham. Tak apalah biar dia pergi shopping till she drops, saya tunggu sambil minum kopi dan baca newspaper atau lain2. Tak boleh komen apa dia beli. Ha, ha, ha......
Betul tu..orang perempuan ni kalau dah lama tak merayap/shopping memang tak sah.  Gatal ajer kaki dan tangan nak keluar gi shopping complex walaupun tak shopping. 😁

7. Sebenarnya dalam umur macam kita, yang penting ialah companionship. Teman sejati, sehidup dan semati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang mengetahui. Dulu sudah sibuk bela dan besarkan anak2, sekarang kita perlukan privacy pula.
Kami pernah gi berjalan berdua ajer hampir seminggu, tak ada gangguan dari anak-anak.  Imran pun kami hantar ke rumah abang dia kat Gombak.  Sekali sekala berjalan berdua duaan dapat memarakkan kembali rasa cinta di dalam hati.πŸ’₯πŸ’–

Walau macam mana keadaan, hidup berdua dirumah sendiri tetap seronok dan menggembirakan. Tapi suka anak2 dan cucu2 datang kerumah untuk makan bersama.
Betullah orang kata, bila dah bercucu ni lain perasaannya.  Tak macam masa kita besarkan anak. Kalau dengan anak hanger, tali pinggang memang pernah kena kat tubuh mereka, tak pun kena cubit.πŸ‘΅ 

Bila dah bercucu ni tak lah nak buat cam kita buat kat anak anak.  Bila cucu datang punyalah rasa gembira sesangat.  Masak dan makan bersama sama anak anak yang duduk berlainan rumah amat membahagiakan.😍


Sukar dibayangkan bila pasangan menemui Allah dulu, yang tinggal tentu kesunyian.😫

DATO DR HAMID ARSHAT

πŸ’”Semuga akak dan suami akan kekal juga melayari alam rumah tangga yang telah menjangkau usia 31 tahun dan bahagia sehingga ke jannah.😍

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...