OOO

Rabu, Januari 10, 2018

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH BANYAK SERDAK

Assalamualaikum semua

Kalau beli ayam goreng kat mana mana, anak anak paling suka serdaknya.  Akak tak tau apa yang buatkan ayam goreng berempah ada serdak, ingatkan letak serai banyak-banyak.

Akak ni rajin baca komen komen kat fb, terutama tentang tips dapur, pastu terbaca ada seorang bagitau kalau nak serdak banyak letaklah kelapa parut.

Akak pun cuba buat, betul jadi, tapi akak goreng terus, tak toskan lebihan rempah pastu goreng.  Akak terus ajer goreng bersama rempah.  Nanti kalau rajin nak cuba buat lah.



Bahan-bahan
1 ekor ekor ayam- potong 18
1 cawan kelapa parut-ambil putih
2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar rempah kari babas
2 sudu besar tepung jagung

Serbuk kunyit
Garam
sedikit gula
3 tangkai daun kari
Minyak untuk goreng

Serbuk perisa/stok ayam-pilihan

Bahan Kisar
4 batang serai
1 inci lengkuas

2 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar biji

1 sudu kecil jintah putih
10 biji bawang kecil/2  biji bawang besar
6 bawang putih
air secukupnya


Cara-caranya
1. Gaul bahan kisar bersama garam, gula dan kelapa.
2. Gaulkan semua bahan yang di kisar  bersama ayam dan bahan yang lain kecuali minyak masak.
3.  Perap dalam 1 jam kalau nak sedap semalaman.
4. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.

5. Gunakan api sederhana perlahan sahaja
6. Hidangkan panas-panas. 

1 ulasan:

  1. Terbaik!

    Entri terbaru sstribe - http://sstribestore.com/penawarmujarabdengkur.html

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers