OOO

Selasa, Januari 09, 2018

RESEPI ROTI PURI SENANG DAN MUDAH

Assalamualaikum 

Apa khabar pengunjung blog akak yang suka skodeng cari resepi?
Sekarang ni kan dah jadi tabiat blog fofolur suka sangat ambik resepi buh kat blog mereka padahal mereka tak cuba masak pun.

Mereka mula buat sebab mereka tau blog yang ada resepi selalu di cari oleh pengunjung dan trafik tinggi.  Bila camtu rasa tak adil pada yang mencuba buat masakan tersebut.

Apa nak buat, zaman sekarang ni lain pulak ragam penulis blog. Sebab tu ramai geng masakan terutama yang pandai ambil gambar lawa malas nak teruskan blog sebab mereka rasa tak berbaloi bila orang lain suka suka ajer ambil gambar masakan mereka tanpa minta izin.

Jangan marah aaa, nak pot pet pot pet kali ni.

Sekarang ni kalau makan kat luar harga makanan dah makin mahal.  Akak tak salahkan penjual sebab mereka nak tampung macam macam dan kenaikan bahan mentah yang rasanya tak masuk akal.

Akak bodoh bodoh pun cuba gak sedaya upaya masak sendiri, tapi bila kena makan luar pilihlah yang terbaik dan harga yang berpatutan.

Suka gak buat roti puri, sebab best tenguk bila roti puri kembong kebabom.
Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum*
1sudu teh yis kering brand mauripan*
1sudu teh gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu teh garam*
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit dan uli lah sehingga sebati
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong, kaknoor timbang dalam 40 gm satu supaya sama rata.
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. 
7.  Buatlah sehingga habis semua di gelek.
8.  Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar dan gorenglah api sederhana.



9. Goreng satu-satu, sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung.
10.Balik - balikkan dan gorenglah sehingga kekuningan angkat dan hidangkan dengan kuah kari.
11.Boleh jugak di makan dengan sambal bilis, kari atau sardin terpulang selera.


2 ulasan:

  1. Nasib baik Pisyek ni jenis malas masak.

    Kalau rajin tadi mesti dah cuba resepi ni.

    Hehehe.

    Terbaru dari blog: Jom sertai Bengkel Asas WordPress

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers