OOO

Selasa, Januari 16, 2018

SIAKAP GORENG KERABU MANGGA ALA THAI/ FRIED FISH WITH THAI MANGO SALAD

Assalamualaikum semua

Suami akak ni kata akak ni cepat sangat kesian, pantang ada orang tua jual semua nak beli.  Nak buat macam mana, hati tisu pastu minat yang lagu dan drama sentimental, tak minat lagu yang bising serta filem aksi.

MANGGA BELAKANG RUMAH KAT MIRI MANIS-SEKADAR HIASAN
Bila nampak pakcik jual buah mangga 1 plastik RM10, buah ada dalam 8 biji yang besar, akak pun beli.  Macam macam nak buat tapi sayangnya rasanya masam sesangat.

Nak buang sayang, akak googlelah resepi terjadilah siakap kerabu mangga ala thai. Kenapa ala thai sebab menggunakan daun ketumbar dan sos ikan.

Selalu akak guna buat daging salai atau akak panggil kerabu daging yang di campurkan dengan mangga. 

Bahan-bahannya
Isi ikan siakap-potong memanjang
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak

Caranya
Isi ikan di lumur dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing. 

Bahan Kerabu Mangga
1/2 biji bawang holland-hiris memanjang
Daun ketumbar-hiris halus
1 biji mangga-hiris
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula melaka/gula nisan
2 sudu besar sos mangga
2 1/2 sudu besar jus limau kasturi
Cili Padi-hiris halus
Cili Merah-hiris serong

Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan ikan yang telah di goreng
  3. Rasalah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
  4. Hidangkan

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers