OOO

Isnin, Februari 19, 2018

BILA ROTI DAN OMELETTE DICOMBINE RESEPI DARI CHEF CLUB JAPAN

Assalamualaikum semua

Kadang kadang buntu nak buat apa untuk sarapan pagi kan.  Bila tenguk kawan share camner nak buat roti camni, akak pun trylah pulak.



Bahan-bahan tak ikut sangat kat video, ikut apa ajer ada kat rumah.
akak guna ramli burger punya chicken loaf ramly, 
cili benggala dan bawang holland-dadu kecil

 sedikit butter dan sliced cheese-patutnya guna mozarella cheese tapi tak ada stok
 telur, serbuk lada hitam dan oregano kering,

tak payah buh garam tau sebab cheese dah masin
roti potong camni, kena guna pisau tajam, 
kalau idak taklah jadi macam ni😔


Cara-caranya
Goreng bawang holland, cili benggala dan loaf ayam sehingga layu.  Ketepikan.
Pukul 2 biji telur, masukkan oregano dan serbuk lada hitam.
Panaskan butter,  buh roti yang bahagian kulit dulu.
Masukkan bahan yang di goreng dalam lubang roti, masukkan cheese yang di carik carikkan, kemudian tutup dengan roti isi roti tadi.
Balikkan sehingga kedua belah keperangan.

Kalau nak tenguk videonya boleh kat SINI yer

2 ulasan:

  1. Oooooo senang jer sebenarnya...SA nak buat la..senang bawak bekal pi kerja

    BalasPadam
  2. hehehehe
    senang tapi rasa malas nak buat
    yang tahu rasa memang sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...