OOO

Rabu, Februari 28, 2018

RESEPI PISANG TANDUK GORENG SEDAP

Asalamualaikum semua

Sekarang ni harga pisang mentah naik sungguh, satu sisir boleh jadi RM5-10 bergantung kepada saiz.

Sebab tu penjual goreng pisang terpaksa menjual 3 keping yang di belah 2 RM1.00, ada yang sadis di potong 3 sebiji pisang,

Bila pisang dah masak kat pokok banyak pula cerita buahnya setandan hilang ghaib terutama yang di tanam di taman perumahan.

Nak buat macam mana kan, sekarang ni bahan mentah makin lama makin mahal.

Pisang tandok selalu akak beli di Pasar Tani, suka gak buat pengat.  Selalu goreng sajer dan cicah dengan sambal kicap kesukaan orang Johor.

Bahan-bahan
2 biji pisang tanduk-kupas kulit dan potong ikut suka
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 putih telur
sedikit kelapa parut/bijan-jika suka
sedikit air kapur
Sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
Masukkan semua bahan tepung dalam mangkuk, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tak terlalu pekat ataupun cair.
Masukkan putih telur, kelapa parut/bijan, serbuk kunyit, garam dan air kapur.
Panaskan minyak, celup pisang ke dalam bancuhan tepung, kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
Goreng dan balik-balikkan sehingga berwarna kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak atas kertas dapur.
pernah gak guna labu, sedap gak

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers