OOO

Rabu, Februari 21, 2018

KHASIAT POKOK GINSENG JAWA/SOM JAWA/KOLESOM


Assalamualaikum semua

Asalnya tanam pokok lain dalam pasu ni, tapi tak panjang umurlah pulak, dah kojol.

Nampak ada pokok lain tumbuh, akak biarkan sajer, nak tenguk apakah pokoknya.  Bila dah keluar bunga ambil gambar pastu gi tanya kat group Facebook Kebun Bandar.
Seronoknya rasa hati bila member group share nama pokok dah khasiat pokok Ginseng Jawa/Kolesom/Som Jawa ni.

Selain dari daunnya di buat ulam cicah dengan sambal belacan atau budu boleh gak buat kuah bening.  Ataupun di campur dengan nasi goreng ataupun nasi biasa.  Daunnya tak pahit.
Akarnya bila dah cukup matang, boleh di gunakan sebagai pengganti Tongkat Ali di rebus ataupun di masukkan dalam sup ayam kampung.

Kalau goreng jangan lama sangat, sebab nanti daun jadi hitam.  Boleh juga di masukkan dalam mee dan spagheti.

Antara manafaatnya ialah menaikkan selera makan, merawat darah tinggi dan kencing manis, serta membanyakkan susu badan bagi perempuan yang menyusukan anak kecil mereka.

Selain itu daunya boleh di lumatkan untuk di tepek pada luka.

Bila search banyak lagi manafaatnya tapi  banyak yang di share dari seberang.

1.  Menambah vitalitas
2.  Anti oksidan
3.  Mencegah kanser
4.  Mengatasi penyakit Alzheimer
5.  Menyehatkan jantung
6.  Mencegah diabetes
7.  Mengatasi obesiti
8.  Mencegah penuaan
9.  Baik untuk paru paru
10.  Melancarkan aliran darah


Cara Tanam dan info
Batang dia cucuk tnah nnti dia hidup, cabut akar dia leh letak dlm sup ayam...sort of ginseng tau ...rupa akar dia pn cam ginseng tp flavour ngn taste ginseng dia tak kuat

ALLAH SWT bagi ubat di halaman rumah, tapi kita  tak sedar... semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya

1 ulasan:

  1. Banyaknya khasiat daun ni kak..nampak menarik..ada jual tak kat mana2 pasar tani ke..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers