OOO

Selasa, Februari 20, 2018

RESEPI NASI SERAI SEDAP

Assalamualaikum semua

Hari Isnin Imran masih bercuti, ira pulak memang ada kat rumah sebab cuti semester.

Sekali sekali layan tekak anak-anak dengan masakan dan nasi sedap kebetulan virus R banyak dan ada pulak pembantu di dapur.
Bahan A:-
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
4 batang serai - diketuk
3 sudu makan minyak sapi
1 pokok daun sup - dihiris-hiasan
50 gm bawang goreng-hiasan
Garam secukup rasa


Bahan B (Dihiris):-
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan-carik dan simpul

Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1/2 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebentar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam, susu cair dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 
Sedap di makan bersama rendang atau ayam masak merah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...