OOO

Rabu, Mac 07, 2018

ANAK ANAK PERLUKAH DI ROTAN/DIPUKUL?

Assalamualaikum semua

Membesarkan anak anak memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi buat kedua ibubapa, terutama dalam zaman teknologi yang serba canggih.

Kecoh bila suami penyanyi Ziana Zain di tahan atas kesalahan memukul anaknya, tak taulah anak yang no berapa.

Rasanya yang sebaya akak memang ada merotan/menghukum anak-anak mereka kan.  Kalau tak ada, memang bagus sebab mempunyai kesabaran yang tinggi.  Suami akak tak pernah sekali pun pukul anak-anak tetapi bila bersuara semua anak-anak rasa seramm.

Masa kami kecil dulu, selalu kena rotan ataupun di denda oleh mak dan abah.  Yang paling akak ingat bila kami 3 beradik kena kurung dalam kandang ayam sehingga malam.  

Tapi kami tak berdendam sebab kami tau kami di perlakukan begitu sebab kami yang nakal, tak buat kerja rumah pastu main ajer kerjanya.  

Paling kami suka pergi merayau satu kampung dan mandi dalam sungai belakang rumah.  Seronok kami 3 beradik, orang kampung kenal dengan kami.

Sebagai mak yang telah membesarkan 5 orang anak terutama bila yang sulung dan kedua lelaki, diikuti anak perempuan memang mencabar.  Masa kecil taklah akak rotan anak anak sebab kerenah mereka masih di anggap comel.


Dek sebabkan mereka rapat dah tentulah terasa penat, nasib baik masa kecil  akak menjadi suri rumah tangga. Bila anak dah mula bersekolah akak bekerja semula walaupun setengah hari memanglah terasa penat.  Bila dah penat, anak anak buat perangai memang mendapatlah.


Setakat pukul dengan hanger ataupun libas dengan tali pinggang adalah dua senjata yang akak selalu gunakan selain dari suara memekik macam tarzan. 


Pukul dan menegur anak bila melakukan kesalahan bukan kerana ibubapa tak sayang tapi nak mengajar, nanti bila mereka nak buat lagi mereka akan teringat balik hukuman yang mereka kena. 


Memukul bukan untuk menyeksa tau, sekadar untuk menggerunkan tapi tak pernah akak pukul di bahagian muka.  Selain dari perbuatan kadang kadang anak anak akak pernah gak berkata perkataan yang kurang baik. Biasalah bila dah bersekolah tentu bermacam macam kawan yang mereka jumpa.

Pernah akak cilikan mulut anak akak, pastu serik mereka nak buat lagi. Kalau kita biarkan dah tentu anak tak tau perkara tu buruk ataupun tidak, kalau di biarkan nanti dah jadi rebung memang agak payah.


Ingat yer anak-anak, mak dan ayah membebel/menghukum bukan kerana tak sayang tau.


Sebenarnya mak dan ayah akan merasa menyesal tapi demi untuk menjadikan anak anak menjadi insan terbaik, kenalah keraskan hati.


Ingat yer, boleh menghukum tapi kena ada limit, kang ada pulak yang call polis, tak pasal pasal masuk ke dalam.

Sekarang ni dah ada cucu, kadang kadang marah gak, biasalah uwan memang garanggg



2 ulasan:

  1. waalaikumussalam kak ina. betul tue, teguran biarlah waspada...

    BalasPadam
  2. untuk kes ziana zain tu tak tahu lah kenapa sampai report polis
    teruk sangat lah kut pukulnya
    entah

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers