OOO

Rabu, Mac 21, 2018

CARA BUAT ROTI TELUR CHEESE

Assalamualaikum semua

Biasanya akak buat roti telur biasa jer, kali ni tengok orang buat roti telur cheese leleh cam sodap jer

Bahan pun ada kat rumah, kalau nak banyak tambah ajer bahan, akak tak ikut pun resepi sebab ikut suka jer nak buh banyak mana. Oleh sebab cheese dah masin, akak tak buh garam.

Bahan bahan
Roti potong
Cheese keping 
Telur 
Sosej
Serbuk lada hitam/sulah 
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Potong sosej ikut suka
Pukul telur sehingga kembang
Masukkan serbuk lada sulah/lada hitam
Goreng sosej sebentar, keluarkan.
Ambil sekeping roti dan letakkan 1 keping cheese di atasnya bersama sosej tadi.
Kemudian tutup keduanya dengan sekeping lagi roti.
Celup roti yang di potong tadi ke dalam telur tadi. Goreng di atas kuali yang dah dipanaskan dengan sedikit minyak. Bila dah perang bolehlah di angkat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers