OOO

Isnin, Mac 26, 2018

MUSIM DURIAN DI JOHOR MAC 2018

Assalamualaikum semua

Jumaat b ni kami ke Batu Pahat ke rumah Yana dengan menantu dan cucu sebab esok hari Sabtu ada jemputan kerja kawin anak kawan suami di Tongkang Pecah.

Ada kawan bagitau seminggu sebelumnya sekarang ni buah durian dah mula luruh area Pagoh dan Muar.

Bila lalu kat jalan nak ke Batu Pahat ikut Pagoh dan  Parit Sulong, banyak gak orang jual durian.  Ada pelbagai harga yang di tawarkan.

Bila nampak penjual durian ni buh iklan durian kampung RM8 sekg, kami pun berhenti beli.
cucu peminat durian

Durian IOI pun murah gak dari kat sini, kat sini baru RM14 sekg, sedangkan kat area Salak Tinggi harganya puluhan ringgit.  Kawan fb kata kat area Kangkar Senangar durian IOI baru lagi murah RM12 sekg.  

Alhamdulliah semua sedap di makan, berbaloi baloi kami datang.

Dapatlah merasa buah durian johor, kawan yang duk Muo kata kat Bukit Pasir Muar lagi murah, harga dalam RM5.00, lagi murah.

Mula cadang nak balik ikut Muo tapi tak jadi sebab ada hal yang perlu di uruskan pada hari Sabtu.

Jom aaa gi terjah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers