OOO

Rabu, Mac 28, 2018

RESEPI AYAM GORENG KOREA/DAKGANGJEONG (SWEET CRISPY CHICKEN)/KOREAN FRIED CHICKEN

Assalamualaikum semua

Dah lama teringin nak buat ayam goreng ala korea ni, tapi tak terbuat lagi.  Anak anak memang suka dengan makanan korea, mereka ada bawa kami berdua makan kat restoran korea di area Ikea Cheras dan kat Batu Pahat Johor.

Ayam goreng mereka order memang rasa sedap, nak makan kena guna sarung tangan plastik.  Bila goggle banyak gak resepi yang di share, bagi resepi asal mereka memang menggunakan mirin dan arak serta pes cili yang di panggil gochujang (Korean red chili pepper paste).
Dakgangjeong (닭강정)  adalah ayam goreng garing yang di salut dengan campuran sos sticky, manis dan pedas .  Secara tradisional di buat dengan potongan seekor ayam yang di potong kecil.  Ada gak yang buat cuma menggunakan kepak ayam. 

Akak gunakan cili kisar sebagai pengganti gochujang, mana nak dapat kat area akak ni.


Bahan-bahan
  • 10 kepak ayam yang di potong 2
  • 1 inci halia parut
  • sedikit garam
  • sedikit susu-ganti rice wine
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1/2  cawan tepung ubi kentang
Perap semua bahan dalam 20  atau 30 minit.

Minyak masak untuk menggoreng


Sos Ayam Goreng Korea
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar cili kisar
1/4 cawan madu
1/4 cawan gula perang
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil minyak bijan
#Bijan yang telah di sangai

Cara-caranya

Setelah di perap, salut semua ayam dengan tepung ubi kentang.
Goreng ayam dengan minyak panas sehingga menjadi keperangan 
kemudian toskan.
Campurkan semua bahan sos dalam satu mangkuk.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar.
Masukkan campuran sos dan kacau sebati dalam 4 hingga 5 minit sehingga sos pekat.  
Tutup api, masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan salutkan sehingga rata.
Taburkan dengan sedikit bijan.

Nasib baik Imran kata sedap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers