OOO

Jumaat, Mac 23, 2018

RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE/LADA HITAM/PUTIH

Assalamualaikum semua

Ada pelbagai nama bihun ni, ada yang panggil bihun goreng singapore, bihun goreng lada hitam ataupun bihun goreng putih.

Bila cucu ada kat rumah, nak goreng mee atau bihun akak tak letak cili kisar sebab cucu tak makan yang pedas.  

Buat bihun putih atau juga di panggil bihun singapore lagi mudah.  Hp rosak masih ada warranty, kena tunggu sebulan lebih baru dapat balik.

Sementara ni gunalah tab lama, gambar pun kurang terang.  Isi ikut suka hati, ada yang guna udang, sotong atau daging, kali ni akak guna isi ayam sebab senang cucu nak kunyah.



Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • dada ayam/isi ayam-potong kecil
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 biji telur
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • sedikit garam-pasal sos tiram dah masin
  • sedikit minyak
  • air secukupnya
Hiasan 
sedikit daun sup/daun bawang-dihiris halus
1-2 batang cili hidup-dipotong serong

Cara-cara
1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan ayam sehingga masak, kemudian masukkan  air, kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan telur yang telah di pukul serta stok ayam.
Bila air mendidih  masukkan bihun,taugeh dan sawi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam. Jika bihun masih keras, masukkan sedikit air.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...