OOO

Jumaat, Mac 16, 2018

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS DAN KACANG TANAH SEDAP

Assalamualaikum semua

Salah satu kesukaan akak ialah sambal ikan bilis kacang tanah, sambal bagi kering dan sejukkan baru masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang di goreng dahulu sebelum masak sambal.


Bahan-bahannya
1 mangkuk ikan bilis siap kopek-cuci, tos
1/2 mangkuk kacang tanah
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
2-3 senduk cili kisar
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2-3 sudu besar gula
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa

Cara-caranya
Panaskan minyak dan goreng kacang tanah sehingga masak,  sejukkan.
Goreng ikan bilis sehingga garing, sejukkan.
Keluarkan minyak sedikit, kemudian tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan gula, garam dan sedikit air asam jawa.
Guna api perlahan sehingga sambal agak garing dan kering.
Padamkan api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kacang goreng serta ikan bilis gaul sebati dan bolehlah di hidangkan.




4 ulasan:

  1. wahhh
    sedapnya
    makan dengan nasi dengan telur goreng
    mesti bertambah
    hehehe

    BalasPadam
  2. nyummm. sedapnyaaa.

    jom join segmen Azah :D
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    BalasPadam
  3. One of my favorite ni Kak Ina tapi bab sambal memang LZ fail, huhuhu

    BalasPadam
  4. teringat dulu. dok asrama.
    kalau mak abah dtg, bwk dlm plastik-plastik kecik, kak ina.
    utk aida makan kat asrama.
    kekadang bwk ke dewan makan.
    kekadang ratah gitu aje sambal ikan bilis kacang ni.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...