OOO

Selasa, Mac 27, 2018

RESEPI TRADISI DAGING MASAK HITAM YANG SEDAP

Assalamualaikum semua

Buntu gak nak masak kat rumah hari-hari, Imran kurang minat dengan ikan, ada ikan tertentu yang dia makan.  




Bahan utama
500gm daging batang pinang-potong kecil

Bahan-bahan kisar
8 biji bawang merah
3 biji bawang putih 
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis/kasar
1 sudu teh jintan putih/halus
8-10 tangkai cili kering-rebus

Bahan tumis
1 batang kayu manis
3 biji pelaga
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
2 batang serai-ketuk hujung
1 helai daun pandan-siat dan ikat


Bahan lain
Sedikit minyak/minyak sapi
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
5 sudu makan kicap manis chap kipas udang

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak dan berbau harum.
3.  Masukkan daging dan kacau sebati sehingga air hampir kering. Jika daging belum lembut, tambah air dan biarkan daging lembut menggunakan api kecil.
4.  Masukkan sedikit air sehingga daging empuk, kemudian masukkan kicap, air asam jawa dan sedikit garam.
5.  Gaul sebati dan bolehlah di angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers