OOO

Isnin, April 23, 2018

RESEPI KUIH KOCI BERSANTAN

Assalamualaikum semua

PRU 14 kali ni, memang hebat penangannya terutama sejak ada social media.  Setiap orang ada yang pendirian masing-masing tapi akak tak suka dengan sikap orang yang maki hamun, cakap mengarut menggunakan bahasa kasar yang makin menjadi jadi bila semakin hampir tarikh pengundian pada 9 Mei nanti.


Ada bermacam macam kuih koci ni, ada yang campur dengan labu, ada yang buat campur pulut hitam yang dah ada siap di jual dah kat kedai runcit.  Tak payah lah nak mengisar pulut hitam, pastu nak ayak.

Kalau guna labu, kukus ataupun rebus sampai lembut pastu lenyek hingga halus dan di campurkan dengan tepung pulut.

Dulu masa anak anak masih kecik, akak pulak suri rumah tangga sepenuh masa, kebetulan jiran yang dapat tapak berniaga di bazar ramadhan suruh akak buat kuih muih dua hingga tiga jenis.

Salah satunya yang akak buat ialah kuih karipap, koci dan kuih keria.

Hari ni teringinlah pulak nak buat, walaupun cuma ada dua orang yang makan.


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:- 
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua) 
1 ketul gula melaka 
1 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan, disimpul 
1/2 cawan air 
1 sudu besar tepung gandum

BAHAN2 UNTUK DOH:- 
2 cawan tepung pulut 
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN LAIN:- 
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci. Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh) 
UNTUK INTI:- 
Kelapa diparut putih. 
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. 
Masak hingga gula hancur. 
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. 
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. 
Masak hingga inti agak kering sedikit kemudian tabur tepung gandum untuk melekatkan inti.
Angkat dan sejukkan. 
Bulat-bulatkan inti bila nak sejuk sebab senang nak masuk dalam adunan doh.
UNTUK DOH
Satukan tepung pulut dan tepung gandum dalam satu bekas. 
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. 
Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:-
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. 
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu inti kelapa.
Tutup inti dengan doh dan bubuh satu camca teh santan pekat. 
Kemudian lipat seperti biasa. 
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. 
Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing-masing.

(Bahan-bahan untuk kuah santan pekat)
2 sudu besar tepung beras
2cawan santan pekat
sedikit garam
Cara-caranya
Campurkan tepung beras dalam santan pekat
Kacau sebati dengan whisk dan masukkan garam..
Masak adunan ni sehingga pekat.
Ketepikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...