OOO

Jumaat, Mei 11, 2018

SEBAK DAN BANGGA BILA TUN DR MAHATHIR MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7

Assalamualaikum semua

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

 Beliau dikenali sebagai "Bapa Pemodenan" di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Image may contain: 1 person
Akak yang membesar di zaman era Tun Dr Mahathir memang terasa gembira bila Tun menjadi Perdana Menteri yang ke 7 kali ini yang mengetuai parti yang berlainan iaitu Parti Pakatan Rakyat.

Pada era Tun dalam UMNO tiada masalah kenaikan barangan walaupun pada tahun 1980an memang terjadi kegawatan ekonomi sehingga ramai orang yang di buang kerja.

Zaman anak anak akak membesar memang kerperluan untuk membesarkan mereka agak banyak, tapi dengan RM400 sahaja akak boleh beli pelbagai barang makan termasuk aiskrim, coklat, susu, cornflakes cukup untuk satu bulan sahaja. 

Walaupun gaji kecil kami dapat membesarkan anak anak dengan selesa di bawan pimpinan Tun Dr Mahathir.
Image may contain: 1 person
Dengan penuh semangat akak dari pagi hingga ke petang menunggu saat Tun masuk ke Istana Negara
untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada jam 9.50 malam ini di Istana Negara.

Pada usia 92 tahun, Mahathir menjadi seorang ketua kerajaan yang tertua di dunia apabila mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Untuk kali ke dua menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua, semuga ayahanda Tun M akan terus diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan perubahan yang terbaik bagi rakyat dan negaraku tercinta Malaysia

Bergenang air mata apabila melibatkan keadaan Tun M mengigil tangannya semasa mengangkat tangan semasa Mufti Negara membaca doa.


Image may contain: one or more people
Menyanjungi dan menyantuni keperibadian serta kepimpinan beliau dari dulu hingga sekarang. Tiada dua, hanya satu Tun M di hati saya dan ramai di luar sana. Moga dengan tampuk pimpinan baru ini kita akan terus maju dan berjaya dunia serta akhirat.
T: tetap utuh di hatiku
U: unggul serta unik
N: namamu terus hebat di mata dunia
M: Malaysia menantimu setiap detik
A: angkatan pimpinan baru harus mencontohinya
H: hujahnya sentiasa bernas
A: amat digeruni
T: tiada dua
H: hormatilah beliau selalu
I: impianmu bersatu seiring dengan kami
R: restuilah perjuangannya
Buat Tun mahathir kami menyayangimu. Semoga diberi kekuatan dan kesihatan menerajui tanah air tercinta, Malaysia.
Sumber : Rozita Che Wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers