OOO

Selasa, Jun 12, 2018

RESEPI OTAK OTAK IKAN TENGGIRI

Assalammualaikum semua dan selamat berpuasa

Bila teringin nak makan otak-otak, kenalah tunaikan hasrat dihati.  Semua stok ada kat rumah cuma yang tak ada ialah daun pisang.  Nasib baiklah ada daun kunyit yang daunnya lebar,


Bahan-bahan 
3 keping ikan tenggiri - Diambil isinya dan blend/cincang
5 batang cili kering *
1 cm kunyit hidup*
3 biji bawang merah*
1 biji bawang putih*
1 batang serai*
1 sudu kecil ketumbar biji*
1cm belacan*

Bahan lain
1 biji telur
Hirisan daun kunyit
3 sudu makan kelapa parut
3 sudu santan pekat
garam dan gula secukup rasa
sedikit tepung jagung

Garam gula secukup rasa
Daun kelapa untuk membungkus-guna daun kunyit
Lidi secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk termasuk isi ikan, hirisan daun kunyit, masukkan telur, santan, kelapa parut, gula, garam dan tepung jagung. Gaulkan sebati.
2.  Masukkan ke dalam daun kelapa dan sematkan lidi di kedua hujung daun.
3. Panggang sehingga masak...

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers