OOO

Khamis, Jun 21, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum semua

Alhamdulliah dapat lagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ni yang jatuh pada hari Jumaat yang mulia.

  Macam biasa menu kami rendang campur, rendang ayam pencen, kuah kacang, sambal sotong kering dan kuah lodeh.
Kali ni giliran anak lelaki beraya kat rumah besan, 
tak kisahlah kan, kenalah tolak ansur, tak kan nak anak kita jer nak beraya dengan kita.  Bila beraya kita nak bergembira, bukannya bermasam muka.😊

Nak ambik gambar reramai pun payah, sebab kat rumah mak akak lepas solat raya, orang lelaki dan kanak-kanak akan takbir raya di setiap rumah sehingga ke tengahari.πŸ˜€

Akhirnya dapat gak ambik gambar raya kat rumah Yana di Batu Pahat.😍

Ketupat di anyam oleh anak akak Yana dan di bantu sedikit oleh Imran dan Ira. Nasib baik ada pewaris dari ayah dia, akak dari mula kawin belajar tak khatam khatam😝

Kali ni ada gambar ciuman dari anak anak lah pulak. Gambar ambik kat Gemenceh.😍
ni nak minta apa lah ni😊
bau wangi ker busuk aaaπŸ˜„
bila ada anak kecil, memang harulah biru 
nak ambik gambar, mesti semua tak fokus.πŸ˜‰

“Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya.
Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA.
 Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA…
SELAMAT HARI RAYA AIDIL  FITRIπŸ’–

1 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina...selamat hari raya mohon maaf jika ada salah silap yer...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...