OOO

Jumaat, Ogos 10, 2018

RESEPI TART NENAS NENAS SEDAP/TART NENAS NYONYA SEDAP

TART NENAS NYONYA

Assalammualaikum semua

Dulu waktu muda tenaga banyak, rajinlah ambik tempahan buat pelbagai biskut raya walaupun bekerja separuh hari.  Akak tak masak bulan puasa, upah mak yang masak sebab sibuk buat biskut raya tak dan nak masak.

Rajin gak buat bentuk nanas, memang leceh sebab kena guna gunting kecil potong buat bentuk nanas.  Sekarang ni bila time nak raya, mak yang suka makan, buatlah untuk anak beranak dan ipar sorang.  Banyak banyak rasa tak rajin aa pulak.

Resepi ni akak ambil dari blog  Kak Jee, boleh jer guna buttercups tapi kalau guna butter mahal lagi sedap rasa dan aromanya.
 
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji jer, selalunya akak buat dua adunan sekali gus.  Akak tak minat aa nak buat yang gulung, suka buat bentuk bunga camni.  Acuan pun dah lama akak beli, masih ok lagi sampai sekarang.

Bahan-bahan
300 gms tepung gandum 
4 sudu besar tepung jagung 
3 sudu gula ising 
200 gms butter 
2 kuning telor sahaja
jem nenas secukupnya

Cara-caranya
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.


Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat-lekat.

Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Untuk jem nenas akak gunakan beli yang dah siap jer kat kedai bakeri.  Dulu-dulu rajin jer masak sendiri, lagipun dulu mana ada kedai yang jual jem segera macam sekarang.  Biasa ade jual kat kedai jual barang kuih. Kalau nak buat sendiri boleh rujuk resepi dari CMG ni.. akak share kat sini ye mat

JEM NANAS
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers