OOO

Khamis, Oktober 04, 2018

6 WIRA/HERO BOMBA TERKORBAN

Assalammualaikum

Awal pagi tadi 4 Oktober 2018  negara dikejutkan dengan berita terkorbannya 6 orang ahli bomba semasa operasi untuk menyelamatkan seorang remaja yang tergelincir ke dalam lombong di Puchong pada petang Rabu.

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Syahidnya mereka dalam usia yang masih muda dan tinggalkan keluarga terutama anak-anak  yang masih kecil... hebat dugaan ini... 

Mengalir air mata tanpa di sedari apabila melihat gambar dan berita tentang ibu, bapa, adik beradik, sanak saudara, anak dan isteri yang di tinggalkan.  Mereka layak di panggil unsung hero/hero yang tak di dendang.

Nukilan Encik Khalid Syahdan amat mengharukan akak dan juga pengguna fb.



Semalam
Mereka seorang ayah
Mereka seorang anak
Mereka seorang abang
Mereka seorang adik
Malah mereka seorang yang patuh pada arahan kerja


Semuga roh roh mereka ditempatkan 
bersama sama orang orang yang beriman


Semalam
Mereka mungkin memberi lambaian
Bermain dengan anak2
Menerima kuncupan sang isteri
Malah mungkin baru selesai bertanyA khabar ibu dan bapa

Hari ini
Semua bertukar wajah
Kegembiraan semalam hanya tinggal kenangan
Semua bercerita akan kenangan
Bercerita akan coretan imbauan

Hari ini
Ibu kehilangan anak
Isteri kehilangan suami
Anak meratapi permergian ayah
Dunia kehilangan permata yg harganya mahal selepas ia hilang

Esok
Adakah kita masih ingat
Akan peristiwa semalam

Nukilan
Encik Khalid Syahdan Kamaruzaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...