OOO

Khamis, Jun 13, 2019

RESEPI PUTERI MANDI SEDAP DAN MUDAH

RESEPI PUTERI MANDI SEDAP

Assalammualaikum semua




Bahan-bahan
1 cawan tepung pulut
sedikit air kapur
air secukupnya

Cara-caranya
Tuang air bersama air kapur ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh bulatkan sebesar ibu jari, tekan sedikit di tengah.
Didihkan air dalam periuk hingga mendidih, masukkan doh sehingga doh timbul.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya doh tidak  melekat.


Bahan kuah
1/2 cawan gula pasir-ikut tekak masing masing..nak manis tambah lagi yer
1 keping gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan-siat dan simpul
1/2 cawan kelapa parut yang muda
sedikit garam


Cara-caranya
Masak air bersama gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam sehingga gula larut.

Bila dah larut masukkan kelapa parut dan kacau sehingga sedikit pekat baru di masukkan puteri mandi ke dalamnya.
Bila nak pekat padamkan api.
Bolehlah di hidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...