OOO

Selasa, Julai 02, 2019

CARA BUAT BUAT BISKUT FLORENTINE SEDAP/RESEPI CRUNCHY CARAMEL ALMOND COOKIES

Assalammualaikum semua

Kukis ni jarang buat, cuma bila terjangkit bila tenguk viral di fb ataupun di ig.  Oleh sebab cuma rajin bila nak raya akak buat setahun sekali lah.
Sedap tau bila kunyah, kalau nak cepat guna loyang, kalau terlebih virus R buatlah dalam bekas.


Dulu pernah gak buat guna resepi yang INI, ada tunjuk cara kat situ.   Masa tu akak pakai loyang dan potong jer, sebab ikut trends tahun tu, tapi sekarang ni lagi senang tau, guna ajer cawan kertas sebab nak bagi sama saiz dan tak payah potong.

Ada pelbagai resepi yang boleh di cuba, kalau nak buat sikit guna ajer resepi yang ini
akak guna jer bekas muffin sebab ada stok kat rumah
Bahan-bahan
-500g tepung florenta( kene cari kat bakery jgn tanya cari mana lempang laju2)
-500g kepingan badam ( nama almond cruncys almond tu harus badam bukan petai)
-250g kuaci labu
-200g kuaci putih
-20g bijan hitam 

Cara-cara

💖-Panggang kesemua kekacang (kepingan badam/kuaci labu & kuaci putih sehingga keperangan lbh krg 5 hngga 10 minit dgn suhu 170..angkat & sejukkan)

💜-Masukkan tepung florenta td kedalam bekas gaul sekali bersama kekacang yg telah dipanggang & disejukkan td, gaul sehingga rata.

💛-Kemudian ambil 1sudu sederhana besar @ timbang 10g setiap 1cup (utk dptkan setiap kepingan sama rata nipis/tebalnya 

💚-Susun papercup td yg diisi dlm tray, ambil setiap secubit bijan hitam tabur dlm setiap papercup td kemudian bakar dgn suhu 180'c selama 10minit @ hingga masak @ keperangan (Bakar jgn lama2 sgt ya nnt rentung kekacang tu dh xsyantikkk, kikiki 😆

-Angkat & biarkan sejuk seketika kemudian barulah kopek dr papercup td, siap sudah...


atau yang ini


BAHAN-BAHAN:
  • 200 gm tepung Florenta
  • 200 gm badam keping
  • 100 gm kuaci hitam
  • 20 gm bijan hitam

CARA MEMASAK:
- Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit. Sejukkan.
- Satukan semua bahan dalam bekas
- Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
- Panaskan oven pada suhu 160C
- Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
- Bakar dalam oven selama 10 minit
- Simpan dalam bekas kedap udara.


Kalau malas gak, gi beli ajerlah lagi senang, terus kunyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...